Seminar ASAS Blogging
Pendedahan Dan Potensi Blog

Akan diumumkan
8.30 pagi – 2.00 petang
Hotel Seri Malaysia, Larkin Johor Bahru
Tempat Adalah Terhad Untuk 50 Orang Sahaja!

____________________________________________________________________

Ada yang belum ada blog, ingin sangat tahu perihal blog. Tiba pada satu masa, masing-masing telahpun mempunyai blog. Persoalannya, mengapa semua orang berkehendakkan pada blog?

BLOGGING kini semakin di minati oleh ramai pengguna internet. Ada yang berblogging untuk keseronokan, ada yang berblogging kerana hobi dan ada yang berblogging kerana sesebuah komuniti yang ingin disertainya.

Dalam waktu yang sama, terdapat juga golongan yang berblogging atas dasar keuntungan. Maksudnya mereka mampu untuk menjana pendapatan melalui aktiviti blogging yang dilakukan. Itupun setelah mereka dapat melihat POTENSI yang ada pada blog masing-masing.

Bagaimana mereka menjana keuntungan dari blog yang dimiliki?

Antara salah satu sebabnya ialah mereka tahu untuk menjadikan BLOG sebagai Online Portfolio. Peluang perniagaan yang wujud dari Online Portfolio ini adalah cara yang paling MUDAH dan MURAH untuk menjana keuntungan!

Mengapa BLOG?
Mengapa tidak “website”?
Dan mengapa saban hari semakin ramai yang berminat dengan BLOG?

Jawapan:

BLOG merupakan medium terbaik untuk menarik perhatian pengunjung internet. Fenomena blog yang semakin dahsyat juga telah menjadikan internet sebagai medan untuk semua jenis promosi perniagaan.

Kemudahan broadband modem dan WIFI yang senang didapati juga sangat membantu pengguna internet dalam melakukan urusan harian mereka termasuklah berblogging. Atas sebab ini, permintaan terhadap blog dalam dunia internet tidak pernah berkurang!

Sebagai bukti, ini adalah statistik jumlah pengguna internet seluruh dunia termasuklah Malaysia:

internet-user-statsworld-stats

malaysia-statsmalaysia-internet-users

Selain dari itu, blog juga telah terevolusi sebagai platform untuk menjana pendapatan tambahan. Pengiklanan online yang menggunakan blog sebagai medium merupakan satu ‘PELUANG BESAR’ untuk mana-mana blogger menjana pendapatan tambahan daripadanya.

Hakikatnya, aktiviti berblogging yang dilakukan secara sambilan (part time) dan sepenuh masa (full time) memang boleh dijadikan sebagai sumber untuk menjana pendapatan tambahan (asalkan faham KONSEP dan POTENSI blog!).

____________________________________________________________________

Siapa Yang Layak Untuk Hadir ke Seminar ini?

Seminar ini pada dasarnya boleh dihadiri oleh sesiapa sahaja. Tetapi untuk mereka yang mempunyai kecenderungan seperti yang disenaraikan di bawah, seminar ini AMAT SESUAI untuk dihadiri:

  • Berminat untuk mengetahui dunia blogging (ibu bapa dan guru)
  • Belum mempunyai blog atau sudah ada blog tetapi masih kurang jelas akan potensi blog.
  • Ingin mengetahui bagaimana BLOG boleh membantu mereka dalam menjana pendapatan tambahan (suri rumahtangga /isteri).
  • Ingin meneroka kebolehan yang ada pada diri sendiri dan memasarkannya melalui blog, sekaligus menjadikan blog sebagai online portfolio (ahli perniagaan/freelancer)
  • Teruja untuk mengetahui SKOP potensi blog di dalam Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Dengan kata lain, apa yang akan dikongsikan di dalam Seminar ASAS Blogging (beginner) nanti akan lebih tertumpu pada PENDEDAHAN dan POTENSI blog itu sendiri.

Kurangkan Risiko dan Mulakan Langkah Pertama!

Memang semua orang boleh berblogging. Itu adalah fakta, saya tidak nafikan. Tapi dalam masa yang sama, ada satu perkara yang perlu kita akui iaitu BUKAN semua orang boleh berjaya dalam dunia blogging.

Bagi yang ingin menceburi dunia blogging, mungkin ayat di atas bunyinya agak “menakutkan” tapi percayalah, itu adalah KENYATAAN. Terlalu banyak yang telah GAGAL di pertengahan jalan!

Jadi apa yang perlu dilakukan?

Asas Adalah Penting

Ya, anda perlu menilaikan semuanya sebelum membuat apa-apa keputusan untuk menceburi dunia blogging. Inilah fungsi sebenar seminar ini di mana anda akan dapat melihat POTENSI blog dari sudut yang lebih besar. Saya akan membantu anda untuk anda memahami konsep blogging dengan lebih jelas.


Yang penting adalah LANGKAH PERTAMA

Yang penting anda mesti faham ASAS, KONSEP dan POTENSI BLOG. Selepas semua ini telah difahami dengan mendalam, barulah LANGKAH PERTAMA boleh diambil. Risiko juga akan dapat dikurangkan!!!

BONUS!
Seminar ini juga akan menunjukkan semua BUKTI dan RAHSIA yang anda CARI SELAMA ini. Maksudnya, jika sebelum ini anda menganggap blog hanyalah sekadar nama, tapi hakikatnya BLOG sebenarnya boleh dijadikan sebagai sumber untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

____________________________________________________________________

BERAPAKAH PELABURAN SEUMUR HIDUP UNTUK PENDEDAHAN DUNIA BLOG INI?
HANYA RM90 SAHAJA!

Harga biasa: RM150.00 !!!

Seminar ASAS Blogging
Pendedahan Dan Potensi Blog

Akan diumumkan
8.30 pagi – 1.00 tengah hari
Hotel Seri Malaysia, Larkin Johor Bahru
Jamuan ringan dan buku nota turut disediakan!

Tempat Adalah Terhad Untuk 30 Orang Sahaja!

_________________________________________________________________________


Rohaizad Jumat
www.rohaizad.com

*Jemputan untuk Seminar ASAS Blogging (beginner) juga diterima dari semua kumpulan atau organisasi termasuklah:

1. Universiti kerajaan.
2. IPT swasta tempatan.
3. Rakan Muda – Belia Dan Sukan.
4. Badan-badan berkanun atau NGO.
5. Sekolah-sekolah, maktab dan sebagainya.


seminar asasHubungi

Seminar: tempahan@seminarblogging.com
Seminar Blogging Dot Com adalah sebahagian daripada rangkaian Izad Blog Network [JM 0498656-H]
Kg Melayu Majidi, 81100 Johor Bahru. 013-7884548